Thursday, September 24, 2009

Amalan Yang Mendatangkan Pahala dan Menghapuskan Dosa

1) Bertaubat. Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari sebelah barat, maka Allah akan menerima taubatnya." Muslim (2703).

2) Keluar Menuntut Ilmu. Rasul bersabda, "Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke Syurga." Muslim (2699).

3) Zikrullah. Rasul bersabda, "Tidakkah kamu mahu aku beritakan pada kamu semua akan sebaik-baik amalan pada kamu dan secantik-cantiknya di sisi pemilik kamu,dan setinggi-tinggi darjatnya, dan lebih baik daripada kamu berinfaq emas dan perak, dan sebaik-baik daripada kamu berperang dengan musuh, lalu kamu membunuh mereka atau kamu syahid?" lalu sahabat berkata, "Ya." Rasul menyambung, "Zikrullah." Tarmizi (3347).

4) Berbuat Kebaikan dan Menunjuk Jalan Kepadanya. Rasul bersabda, "Semua amal ma'ruf adalah sedeqah dan penunjuk pada kebaikan seperti orang yang membuatnya." Bukhari (10/374).

5) Berdakwah Pada Jalan Allah. Rasul bersabda, "Barangsiapa yang berdakwah pada jalan Allah maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutnya tidak ada kurang pada pahala-pahala mereka itu." Muslim (2674).

6) Mengajak Kepada Maaruf dan Mencegah Kemungkaran. Rasul bersabda, "Barang siapa yang lihat sesuatu kemungkaran, maka perbetulkanlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak upaya maka dengan mulutnya, sekiranya masih belum upaya maka dengan hati, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman." Muslim (39).

7) Membaca al-Quran. Rasul bersabda, "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada kamu di hari kiamat sebagai syafaat pada tuannya." Muslim (804).

8) Belajar al-Quran dan Mengajarnya. Rasul bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya." al-Bukhari (9/66).

9) Memberi Salam. Rasul bersabda, "Tidak masuk syurga orang yang tidak beriman, dan tidak beriman sehinggalah seseorang itu berkasih sayang, yang pertama akan ku tunjukkan pada kamu sesuatu, sekiranya kamu melakukannya kamu semua akan berkasih sayang - sebarkanlah salam antara kamu." Muslim (54).

10) Berkasih Sayang Kerana Allah. Rasul bersabda, "Allah berfirman pada hari kiamat nanti, dimanakah orang-orang yang berkasih sayang dengan keagonganku, hari dimana aku akan teduhi mereka dengan teduhanKu, dimana tidak ada teduhan di hari itu melainkan teduhanKu." Muslim (2566).

AMALAN YANG AKAN MENYELAMATKAN KITA DIHARI KEBANGKITAN

Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah menukilkan sebuah Hadis Rasulullah yang cukup panjang tentang amalan-amalan yang boleh menyelamatkan seseorang dari kesulitan di akhirat kelak.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madini berbunyi, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat hal yang sangat menakjubkan. Aku melihat seorang dari umatku yang didatangi oleh malaikat untuk mencabut nyawanya, lalu datang amalnya kepadanya dalam berbakti kepada dua orang tuanya, sehingga amal itu membuat malaikat itu kembali lagi.

Aku melihat seseorang yang telah dipersiapkan kepadanya siksa kubur, lalu datang WUDHUNYA, sehingga wudhunya itu menyelamatkannya dari siksa kubur.

Aku melihat seseorang yang telah dikepung banyak setan, lalu datang kepadanya ZIKIRNYA KEPADA ALLAH, sehingga zikirnya itu mengusir setan-setan tersebut darinya.

Aku melihat seseorang yang kehausan, sedang tiap kali ia mendekati telaga, ia diusir darinya. Lalu, datanglah SHAUMN RAMADHANNYA, sehingga shaumnya itu memberikan minum kepadanya.

Aku melihat seseorang di mana para nabi masing-masing duduk dalam halaqah, ia diusir dan dilarang untuk bergabung ke dalamnya. Lalu, datanglah MANDINYA DARI HADAS BESAR, sehingga mandinya itu membimbing ia dengan memegang tangannya seraya mendudukannya di sampingku.

Aku melihat seseorang yang di depannya gelap sekali, begitu pula di belakang, atas, dan bawahnya, sehingga ia kebingungan mencari arah jalannya. Datanglah kepadanya HAJI DAN UMRAHNYA, lalu keduanya mengeluarkan ia dari kegelapan tersebut dan memasukkannya ke dalam tempat yang terang sekali.

Aku melihat seseorang yang melindungi mukanya dengan tangannya dari panasnya kobaran api, lalu datang SEDEKAHNYA kepadanya dengan menutupi kobaran api dari mukanya seraya membimbingnya ke hadapan Allah SWT.

Aku melihat seseorang yang mengajak bicara orang-orang mukmin, tetapi mereka mendiamkannya. Datanglah SILATURRAHIMNYA seraya berkata, 'Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya ia adalah orang yang melakukan silaturahmi, maka ajaklah dia bicara'. Maka, orang tersebut diajak bicara oleh semua orang mukmin dan mereka mengulurkan tangan untuk berjabatan dengannya, sementara ia pun mengulurkan tangannya untuk berjabatan dengan mereka.

Aku melihat seseorang yang telah dicengkeram Malaikat Jabaniyyah, lalu datanglah kepadanya AMAL MA'RUF DAN NAHYI MUNGKARNYA, hingga amalnya itu menyelamatkan ia dari siksa Jabaniyyah dan memasukannya ke dalam lingkungan malaikat rahmat.

Aku melihat seseorang yang jalannya merangkak dengan kedua lututnya dan di depannya terdapat tabir yang memisahkan ia dengan Allah, lalu datanglah AKHALAKNYA baiknya seraya memegang tangan dan membimbingnya ke hadirat Allah SWT.

Aku melihat seseorang yang catatan amalnya datang dari sebelah kirinya, lalu datanglah TAKWANYA KEPADA ALLAH dan mengambil buku tersebut dengan meletakkannya di tangan kanannya.

Aku melihat orang yang timbangan amalnya sangat ringan, lalu datang ANAK-ANAK YANG MENINGGAL SEWAKTU KECIL, sehingga mereka memberatkan timbangan amal baiknya tersebut.

Aku melihat seseorang yang berdiri di tebing Jahannam, lalu datanglah HARAPANNYA KEPADA ALLAH, hingga harapannya itu menyelamatkannya dari Jahannam dan ia berjalan menuju syurga dengan selamat.

Aku melihat seseorang yang terpelanting di atas neraka, lalu datanglah AIR MATA TAKUT KEPADA ALLAH , hingga air mata itu menyelamatkannya dari jatuh ke neraka.

Aku melihat seseorang yang tengah berada di atas jembatan dengan tubuh gemetar, lalu datang HUSZNUDANNYA PADA ALLAH, hingga sikapnya itu menjadikan dia tenang dan ia pun berjalan dengan lancar.

Aku melihat seseorang yang jatuh bangun di atas jembatan. Terkadang ia merangkak, terkadang pula ia menggantung. Lalu datanglah SHOLATNYA MENEGAKKAN KEDUA KAKINYA shalatnya menegakkan kedua kakinya dan menyelamatkannya hingga ia mampu menyeberangi jembatan sampai ke pintu syurga.

Aku pun melihat pula seseorang yang telah sampai ke pintu syurga, semua pintu ditutup baginya. Lalu datanglah SYAHADATNYA, sehingga dibukalah pintu syurga dan ia pun bisa masuk ke dalamnya".

Itulah gambaran tentang amalan-amalan yang dengan izin Allah SWT bisa menjadi penyelamat umat Muhammad SAW yang benar-benar melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah dengan hati ikhlas.

MENDAULATKAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW

Semua orang inginkan syurga. Tiada orang yang inginkan neraka. Tetapi ramai yang terkandas di syurga dunia kerana tidak yakin dengan janji Nya. Sedangkan syurga Allah itu yang hakiki. Akhirat itu pasti, namun ramai yang takut mati. Nak masuk syurga Allah bukannya mudah.



Kalau setakat mengharapkan pahala, tak merasalah. Sebab nak masuk syurga ni yang pentingnya rahmat dari Allah. Nak dapatkan rahmat Allah, perlulah ikhlas dalam beribadah. Amalan baik perlulah istiqamah. Seperti mana Rabiatul Adawiyah, seorang wali Allah. Yang berhasrat nak memadam api neraka dan membakar syurga Allah. Kerana risau, manusia tak ikhlas dalam beribadah.



Cuba periksa semula amalan harian kita. Bermula dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Adakah sunnah Rasulullah kita jaga? Inikan tidak, jangankan sunat, yang fardhu pun kadang-kadang kita lupa. Beginikah sikap umat Muhammad? Yang kononnya nak mengharapkan syafaat di hari kiamat. Kalau sunnah pun malas nak buat, jangan mimpilah nak dapat syafaat. Amalan fardhu pun setakat yang sempat. Macammanalah nasib di hari akhirat, hari perhitungan semua umat.



Kalaulah rasa nak selamat, banyak-banyaklah bawa bertaubat. Kerahlah seluruh tulang empat kerat, semata-mata kerana Allah, kita beribadat. Amalan sunat pun, kenalah buat. Barulah menjadi hamba yang taat. Susah sangat ke nak amalkan sunnah? Bangun pagi baca doa, bukannya payah. Mulakan setiap perbuatan baik dengan anggota kanan, perkara mudah. Tetapi kalau makan dengan 3 batang jari, bila nak sudah. Orang lain entah ke mana, kita masih menghadap juadah. Itulah akibat belajar tak sudah. Perkara yang mudah menjadi susah. Setakat suka nak beralasan, baik tak payah!



Gunakan 3 batang jari ni hanya semasa mula menjamah. Selepas itu, nak guna 10 batang jaripun tiada siapa nak marah. Jangan sampai tercekik sudahlah. Nanti diri sendiri juga yang susah. Sama juga ketika nak beradu. Menghadap kiblat dan mengambil wudu’. Sementara mata masih terkebil-kebil, ambillah kesempatan baca 3 Qul. Keberkatan terjamin, syaitan pun tak mengganggu.



Jadikan amalan hingga ke anak cucu. Sunnah nabi banyak sekali. Sunat dan fardhu termasuk sekali. Segenap aspek kehidupan, ia rangkumi. Masuk ke tandas mulakan dengan anggota kiri. Alas kepala jangan dilupai. Walaupun sekadar tangan sendiri. Sengetan badan ke kiri, tanda berhati-hati. Serangan musuh tidak diketahui. Faedah kesihatan turut diperolehi. Diakui sendiri oleh pakar yang mengkaji.



Mulakan amalan dengan Bismillah. Warisan mulia dari Rasulullah. Itulah rahsia seorang hamba Allah. Mengejar keberkatan dan pahala mudah. Syaitan dan iblis juga merasa gundah. Kerana tiada ruang untuk mencelah. Selain sebagai suatu usaha mencegah. Dari melakukan perkara yang tidak berhemah. Iyela! Takkan nak buat maksiat baca Bismillah. Setiap perbuatan akan sentiasa kerana Allah. Barulah hidup mendapat barakah. Apabila hidup sudah terarah. Maka terhindarlah dari keluh dan kesah. Nikmat dunia dinikmati secara berhikmah. Kerana kesedaran ikhlas Lillah. Semuanya hanya kerana kalimat Bismillah.



Nabi menganjurkan berwudu’ sentiasa. Apabila terbatal, ambillah semula. Barulah kehidupan dalam redha-Nya. Wajah juga InsyaAllah akan ceria. Jerawat tak tumbuh, bintik hitam pun tiada. Tak perlulah muka ditampal bahan kimia. Titisan wudu’ membawa bersama. Gugusan dosa kecil yang tak terkira banyaknya. Menyuci titik hitam di dalam jiwa. Yang semakin hari bertambah bilangannya. Ilmu juga mudah diterima.



Apabila jiwa sudah bercahaya. Inilah sebenarnya rahsia ulama nusantara. Contohnya Idris al-Marbawi dan Ibnu Sina. Menghafal ilmu yang tak terkira banyaknya. Menjadi rujukan seluruh dunia. Bermanis muka dan saling memaafi. Warisan mulia para nabi. Berwajah ceria dan senang hati. Hidup terasa bermakna sekali. Sedangkan nabi sedia memaafi. Orang Yahudi yang jahat sekali. Melempar najis dan menyakat nabi. Namun nabi buat tak peduli. Apabila sakit nabi ziarahi. Terasa terharu, mengalir air mata di pipi. Lantas terbuka hati menerima cahaya Illahi. Bertambah seorang lagi umat nabi. Mulia sungguh peribadi nabi. Sehinggakan Yahudi pun terbuka hati. Sedangkan dalam al-Quran turut mengakui,



“Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat suri teladan yang paling baik untuk diteladani.” (al-Ahzab 33 : 21)



Tetapi kita tak nak teladani. Artis pujaan juga yang nak dicari. Kononya itulah ‘trend’ masa kini. Manakah pertimbangan ilmu dan iman wahai siswa dan siswi? Semua fakulti tidak terkecuali. Bukankah kita ini sama di sisi Illahi. Hamba Allah dan juga umat nabi. Apabila nak mati baru nak menyesali. Itu bukanlah pegangan umat Islam yang hakiki. Sebaliknya amalan puak munafik yang dilaknati.



Alangkah ruginya kita ini. Jarang sekali mengamalkan sunnah nabi. Umat jenis apakah kita ini? Sedangkan nabi ketika dipanggil Illahi. Tak lekang di mulut menyebut ummati. Pengorbanan baginda besar sekali. Namun kita jarang sekali insafi. Asyik bersuka ria ke sana ke mari. Apakah ini bukti sayangkan nabi?



Marilah bersama kita sematkan. Mendaulatkan sunnah nabi akhir zaman. Di waktu yang sama tak lupakan al-Quran. Selaku rujukan dan juga panduan. Jangan sampai menyesal di hari kemudian. Nak pohon syafaat tapi tidak dilayan. Terkontang kantinglah sendirian. Tanpa arah dan hala tujuan. Akibat tidak hiraukan bimbingan. Suruh amalkan sunnah, banyak pula alasan.



Wallahua’lam…

Wednesday, September 23, 2009

HIKMAH AIR SEMBAHYANG

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'YaAllah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakapbenda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamudengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhiratkelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putihberseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlahkamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini'.Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamudengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamudengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terikmatahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyarmacam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamudengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orangmengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamudengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasititian Siratul Mustaqqim'.Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titiandengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamudengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat'Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikatbahawa setiap yang dituntut dalam Islammempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambilwuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kitaperolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kitasebagai umat Islam?Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Dalil utk kita berwudhu':
"Wahai orang-orang yg beriman, apabila kamu akan mendirikan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke dua mata kaki"(Al-Maaidah, ayat 6)

Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.

Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.

Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu.

Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’(Riwayat Tirmizi)

Ayat 128-129 Surah At-Taubah

Terjemahannya:Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Keutamaan Dua Ayat Akhir Daripada Surah Al-Baqarah
Keterangan dan Petua Beramal
1. Perlindungan Daripada Segala KejahatanAbu Mas'ud al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang." (Riwayat Bukhari & Muslim)
2. Dikabulkan PermintaanIbn Abbas r.a. bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:"Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepada-Mu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Baqarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi."
(Riwayat Muslim)

Kebaikan Sedekah Di Dunia & Di Akhirat
Kebaikan Sedekah Di Dunia
Bersih diri daripada dosa.
Bersih harta.
Jauh dari bala.
Fakir miskin gembira.
Rezeki bertambah berkat.Kebaikan Sedekah Di Akhirat
Menjadi penaung diri.
Mudah perhitungan amalan.
Berat timbangan amal kebajikan.
Mudah menyeberangi titian Mustaqim.
Ditingkatkan darjat di Syurga.






KELEBIHAN SURAH AL-MULK




Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan
pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang
berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas
menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka
sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika
berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah
Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah.
Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian
hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda
bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia
menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain.
Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di
dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat
bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi
itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah
Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku
sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk
sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab
kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa
membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya
surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat.
Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk
membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam
Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang
mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada
orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya
ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al
Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan
pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat
di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari
azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya
dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik
seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di
dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya
ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh
semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al
Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan
pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab
hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau
datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana
semuanya mengandungi surah Al Mulk."

-Selamat Beramal- Wassalam