Friday, October 9, 2009

Salam ukhuwwah Islamiah dan salam persaudaraan sesama insan.

A'uzubillahiminasyaitonnirrojim. Bismillahirrohmanirrohim.


Assalamualaikum...Jazakamullah Khairat Khasiran.


Alhamdulillah...ana mengatur syukur ke hadrat Allah swt di atas nikmat kasih sayangNya yang telah dipinjamkan..bagi mengizinkan ana untuk dapat melaksanakan perintah dan suruhan, tanggungjawab dan amanah..sebagai seorang hamba dan selawat serta salam atas junjungan tercinta. Berkat kedatanganmulah wahai Rasulullah, kami dapat menghirup udara Islam pada hari ini. Limpahan rahmat dan berkat jua ana doakan buat para mukminin di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia am nya.

Sesungguhnya...tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini..melainkan dapat merasai..nikmat kelazatan hakikat sebagai seorang hamba...yang dibuai asmara cinta dengan Penciptanya....

Kpd yg sering mengunjungi blog ini salam syang, salam rindu kepada semua. Moga2 saat2 yang masih berbaki ini akan diisi dengan benih-benih iman, taqwa and amal soleh, buat bekalan padahari yang tiada nilai wang ringgit di dunia, tiada nilai hubungan kekeluargaan yang erat dan tiada nilai teman taulan sehati sejiwa. yang ada hanyalah amalan sendiri untuk dipersembahkan kepada yang maha Esa secara terusmenerus tanpa apa-apa perantaraan sebagaimana amalan di dunia dahulu yang diserahkan bulat-bulat kepada dan keranaNya. Mudahan-mudahan Allah akan memberkati kita selalu dan memberikan yang terbaik untuk Islam. Bangunlah wahai diriku dan sahabat ana semuanya, kita junjung Islam yang semaikn diijnak-injak oleh kaum kuffar sejak sekian lama.


Ahli Sufi seringkali bermadah;

"Sesiapa yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali Tuhannya. Sesiapa yang mengenali Tuhannya, maka binasalah jasadnya...."


Kata-kata ini sering dilafazkan oleh kalangan para salikin...dalam merentasi Jalan Ketuhanan. Madah ini jugalah yang merangsang jiwa mereka untuk terus istiqomah dalam mujahadah mereka...bagi menyingkap tabir hijab...yang selama ini menyelimuti sanubari.

Takbir..Allahhuakbar

Saturday, October 3, 2009

10 perkara perbuatan sia-sia‏

10 perkara perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada
sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar
lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang
ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu
pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah Subhanahu wa Ta'ala selesai menciptakan Jibril a.s. dengan bentuk yang cantik, Dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur Dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibril a.s. memandang dirinya sendiri Dan berkata, "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud, "Tidak."

Kemudian Jibril a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril a.s. solat, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, Dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu Dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu ."

Kemudian Jibriil a.s. berkata, "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

Kemudian Jibril a.s. meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah Subhanahu wa Ta'ala maka pergilah Jibril a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibril a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala lalu ia berkata dalam sujud, "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?."

Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Marilah sama2 Kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari Kiamat di dalam semua hari.

Semoga Kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua’lamu Bish Shawab.

*Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.

As-Sunnah

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Barangsiapa menghidupkan sunnahku, maka ia mencintaiku dan barangsiapa mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga."
(al-Hadits)

Friday, October 2, 2009

Keutamaan Memelihara Janggut

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam sangat membenci orang yang mencukur janggutnya, sehingga pada suatu ketika dua orang utusan Raja Kisra datang menghadap Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, sedangkan janggut mereka dicukur bersih dan kumis mereka panjang-panjang.
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam tak memandang keduanya dan bersabda, "Celakalah kalian berdua, siapakah yang menyuruh kalian berbuat seperti ini?" Mereka menjawab "Tuhan kami Raja Kisra memerintahkan Kami" Kemudian Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tetapi Tuhanku memerintahkanku agar menumbuhkan janggut dan menggunting kumisku."
(Bidayah wan-Nihayah jilid IV/269, Hayatus Shahabah jilid I/45)

"Memotong janggut ketika panjangnya kurang dari satu kepal menyerupai orang barat dan banci. Oleh kerana itu, tidak dibenarkan bagi siapapun untuk berbuat demikian, kerana mencukur bersih janggut adalah amalan Hindu dan Majusi dari Persia."
(Shami Tabigh hal. 418)

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
(HR. Bukhari)

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah, diantaranya mencukur kumis dan menumbuhkan janggut"
(hadits shahih riwayat Muslim, jilid I hal. 129)

Di dalam kitab Hukmul Lihya Fil Islam yang dikutip dari Ibnu Hibban , terdapat hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. yang menyebutkan: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bahawa diantara fitrah Islam adalah mencukur kumis dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan kumis mereka dan mencukur janggutnya. Maka berbezalah kalian dari mereka dengan cara mencukur kumismu dan memanjangkan janggutmu."

Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Barangsiapa tidak memotong kumisnya, maka dia bukanlah dari golongan kami."
(HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa' - Misykat)

Imam Bukhari rah.a. menegaskan, apabila Ibnu Umar r.a. melakukan haji dan umrah, dia selalu memegang janggutnya dengan tangannya yang tergenggam, kemudian memotong janggut yang melebihinya.

Dalam kitab Abu Dawud diberitakan:
Dari Jabir r.a. berkata, "Kami pernah membiarkan janggut-janggut kami memanjang dan melebar, kecuali ketika musim haji atau umrah."

Dari Ibnu Umar r.a. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Guntinglah kumismu dan panjangkanlah janggutmu." Dalam riwayat lain, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan kami menggunting kumis dan memanjangkan janggut.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tentanglah orang-orang musyrik dengan memanjangkan janggutmu dan menggunting kumismu."
(muttafaq alaih - Misykat hal. 380)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Guntinglah kumismu dan tumbuhkanlah janggutmu, kerana dengan demikian kamu menentang kaum majusi (penyembah api)."
(Shahih Muslim hal. 129)

Peliharalah Sepuluh Perkara

Peliharalah Sepuluh Perkara Nescaya Engkau Akan Selamat

1 Jangan engkau berkeras kepala.
2 Jangan menyertai orang cemburu.
3 Jangan duduk dengan orang pendengki.
4 Jangan berkawan dengan orang jahil.
5 Jangan menentang orang yang lebih kuat daripadamu.
6 Jangan bersahabat dengan orang hipokrit (munafiq).
7 Jangan banyak duduk dengan wanita.
8 Jangan berkawan dengan orang bakhil.
9 Jangan menyimpan rahsiamu kepada seseorang.
10 Takutlah kepada Allah dalam segala urusanmu.

Kisah Saat Paling Nikmat Bagi Penghuni Syurga

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati di hari pertama mereka dikumpulkan beramai-ramai di dalam perkampungan syurga yang serba indah di dalam suasana yang amat berbeza dan paling menakjubkan, lalu mereka pun dipakaikan pula dengan pakaian yang serba indah yang dihadiahkan oleh Allah.

Setelah itu, Allah memerintahkan malaikat Jibrail menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula seekor burung yang ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya terbang di udara taman syurga yang permai itu.

Burung ajaib itu terbang di atas perhimpunan yang ramai itu sambil mengembangkan sayapnya mengelilingi bahagian atas kepala mereka. Dari kedua belah sayapnya itu terperciklah bau-bauan yang harum semerbak merinjis pada tubuh dan pakaian setiap ahli syurga itu. Maka harum dan bertambah nyamanlah suasana syurga pada masa itu.

Alangkah tercengangnya para tetamu di perkampungan syurga itu melihat beberapa kejadian ajaib yang ditunjukkan oleh Allah sebagai janji tentang kesenangan dan kebahagiaan yang bakal dinikmati oleh manusia yang beriman di alam akhirat.

Seketika kemudian terdengar suatu suara paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang terbentang itu. Suara itu merupakan kalimah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia.

"Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu. Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya." Demikian kalimah yang berkumandang di setiap penjuru alam syurga pada ketika itu.

Tercengang dan terperanjatlah sekalian manusia penghuni syurga bila mendengar kalimah dari Allah sendiri di bumi syurga yang amat keramat dan bertuah itu. Mendengar kalimah suara dari Allah Subhanahu wa Ta'ala merupakan suatu nikmat yang paling berharga dan mulia yang bakal dikecap oleh manusia beriman dan beramal soleh di syurga nanti. Ia lebih berharga dari segala-galanya dan lebih nikmat dari setiap apa yang pernah dirasai oleh umat manusia di muka bumi ini.

Peristiwa ini tidak akan dikecap oleh manusia-manusia kufur dan kafir. Kerana di akhirat nanti bukan sahaja Allah jijik dan benci melihat mereka malah Allah akan menghalang pendengaran mereka dari mendengar suara dan kalimah-Nya, apalagi untuk melihat wajah Allah.

Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya telah Engkau sempurnakan janji-Mu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hamba-Mu yang mensyukuri setiap nikmat yang telah Engkau kurniakan semasa di dunia. Demikian pun wahai Tuhan kami, izinkanlah kepada kami untuk melihat wajah-Mu di hari akhirat yang Engkau janjikan ini."

Melihat wajah Allah dengan jasad dan mata sendiri merupakan suatu perkara yang paling mustahil dapat dicapai oleh seseorang manusia, kecuali junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam melalui peristiwa Israk dan Mikraj dalam masa hidup di dunia dahulu.

Tetapi apakah kita akan mendapat nikmat melihat wajah Allah di syurga nanti? Inilah suatu kejadian yang akan dinikmati sendiri oleh orang-orang yang mukmin, yang beriman, yang percaya kepada Allah serta mempercayai pula kepada perkara-perkara yang ghaib, bila dihimpunkan di syurga nanti.

Seketika kemudian secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga yang penuh berisi dengan manusia yang ramai itu. Malaikat Jibrail muncul di tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa A.S. naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga itu.

Setelah Nabi Musa A.S. berada di atas mimbar itu, beliau pun memperdengarkan bacaan Taurat dengan yang lembut dan jelas didengar oleh manusia di situ. Selepas itu Jibrail mempersilakan pula Nabi Isa A.S. ke atas mimbar yang sama untuk memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan kepada beliau oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Setelah Nabi Isa A.S. tamat memperdengarkan bacaannya, kemudian tibalah pula giliran Nabi Daud A.S. untuk memperdengarkan bacaan kitab Zabur kepada manusia di taman syurga itu. Beliau pun membaca kitab itu dengan suara yang lemah lembut dan paling indah hingga menjadi terpegunlah sekalian manusia di taman syurga mendengar suara Nabi Allah itu.

Selepas itu, Malaikat pun mempersilakan pula Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar itu untuk memperdengarkan bacaan kitab suci al-Qur'an. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun naik ke atas mimbar itu lalu membacakan kitab suci al-Qur'an dengan suara yang paling merdu dan tidak pernah didengar oleh sebarang manusia sebelum ini.

Setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah kepada umat manusia itu, maka tiba-tiba terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama dengan sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan.

Sekalian manusia yang berada di taman itu berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tidak pernah terfikir oleh akal mereka sebelum ini. Dan selepas itu terbukalah suatu hijab yang lebih besar lagi iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk dari melihat wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Di sinilah merupakan saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan sebenarnya antara manusia dengan Tahunnya. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia yang memenuhi taman syurga pada ketika itu, dan seluruh manusia penghuni syurga tersebut menyambut semula salam Allah dengan rasa nikmat dan syukur yang tidak terperi.

Kemudian berkatalah seluruh manusia itu kepada Allah Maha Pencipta, Allah Maha berkuasa, Yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani, "Wahai Tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini." Allah membalas permintaan seluruh manusia itu dengan kalimah-Nya, "Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepada-Ku. Tetapi hari adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hamba-Ku, syurga bukanlah tempat untuk kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu semua merasa pembalasan nikmat dan kesenangan yang berkekalan. Walaupun begitu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepada-Ku pada hari ini."

Saudara-saudaraku sekalian, yakinlah dengan sepenuh-penuh keyakinan bahawa di akhirat nanti, kita akan bertemu dengan Tuhan yang kita puja dan sanjung. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri menerangkan kepada kita bahawa kita akan dapat melihat Allah Subhanahu wa Ta'ala di akhirat nanti.